CELAK dan EYE LINER

Friday, 12 February 2010
salam kalian.ape kb?hehe.sy sehat2 ajer.da lame x wat entry pasal make-up nie.hoho.baru 1 entry kan?

sy sebenarnya da lame da nk wat entry pasal pemakaian celak,eye liner n sebaliknya la.

dlm research juga nie.

ape yg sy faham n kalo sy salah hrp diperbetulkan.ok?

celak-eye liner.benda nie membawa maksod yg sama bukan?

celak dlm bm.
eyeliner dlm bi.

konsep die same.

kalao korang perasaan,orang Arab wanita terutamanya diorang nie xkan miss n wajib bercelak.

keluwa rumah dlm rumah walhal pon,pemakaian celak still ade.

cuma yg berbeza dgn kite ialah celak diorang amat2 tebal.mcm smookey eyes gitu.



xkisah yg berpurdah ke yg 'jangok2' ker kekuatan mereka ialah pada mata.

ya.mata yg amat lawa.besar.tajam n memeprsonakan:)

sy pon suda berjinak2 dgn celak ini.thn lepas blik mesia pi kedai cr eye liner.

eye liner nie ade mcm2 jenis.setakat research n pengetahuan am sy ade 5 kategori.

1-pensel eyeliner




2-liquid eye liner


3-powder eye liner.(mcm bedak)








4-eye liner yg mata die cm lilin tu.xtaw name ape.kite tgk gamba la ya?



5-eye liner dlm bekas tembaga tu.mcm zmn2 nenek moyang kite tu.




------------------------------------------------

sy akan describe satu2.

jom2 kite bace tulisan describing sy;)

kalo gune pensel eye liner nie bg sy leceh.ya sy pernah guna n leceh la.knp leceh?entah la.tabez la.bile mata tumpul kena la asahkan dgn sharpener.




liquid eye liner.sy ade satu.ho-ho.amat sgt2 leceh.nk pakai pon anda kena blajar cr2 pemakaian die ok.sy xingt da cr2 pemakaian die tp memang ade cr2 la.leceh sgt2 sbb bile kite wat torehan kat mata nie somtime die akn bolok.fhm bolok?em,comot.n lambat kering.kalao korang da slalo pakai mesti korang akan tiada masalah akannye.ok?


powder eye liner ini sgt best!die kena pakai ngn brush eye liner.sy ade satu jgk.best2.tak tipo memang senang nk pakai.




eye liner yg mata die cm lilin.ha,ini satu juga.feveret sy.n sy kalo pi elas n keluwa mane2 pakai yg nie.sgt2 best n teman2 sy pon termakan pujukan n hasutan sy n mereka membeli eye liner mcm ini juga;)






ha,yg celak mcm nenek moyang kite nie.ingt x?sy akan try cr gambo.kalo ade ade la.kalo tade tade la ya.pernah juga pakai.die powder.n bile kite coletkan kat mata kan rasa sakit.sbb mata tembaga tu tajam.kena hati2 pakai.teringt zmn2 dulu kala,sape2 anak dara yg nk kawen akan pakai celak tembaga ini.;)ad lg x di pasaran skrg?

-----------------------------------------------

cara2 memakai celak mengikut sunnah Nabi:)

yg nie sy cari2 n cari n sy jumpa dlm laman web indon atau bm sy xpasti.sy akan translate ape yg sy fhm.kalo sy salah perbetulkan sy ok?

mulakan dgn mata kanan.
lepas tu mata kiri.
n mata kanan pula.
mata kiri pula bergilir.
n laz mata kanan.

semua2 jumlah adelah 5 kali.angka genap.3 kali mata kanan.2 kali mata kiri.mulai mata kanan n akhiri mata kanan jua.

pendapat dr imam AHmad-klik di sini:-http://ihsan-wangi.com/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=70

-----------------------------------------------

ini pula cr sy.

sy menggunakan tgn kiri utk pegang(ini kerna sy kidal)n struktur bdn sy adlh posisi di mana sy berdiri.

n lain org lain crnya.

sy ade blaja dr laman utube-yg mane,kalau mata kanan guna tgn kiri n mata kiri guna tgn kanan utk memegang.mcm silang gitu.

n die gtaw lg sila berada dlm posisi duduk.

ats org la kan.

cara oleskan-

sy bermula dr atas mata.dr hjung mata slow2 kamo tarik smpai la tepi mata.
kat bwh pula.mcm tu juga.cuma toresan itu tidak terlalu tebal mcm mata kat atas tu.ok?

kalau comot gunakan kapas utk lapnya n ukir semula.:)







---------------------------------------------

n berbalik pd celak ini.ape faedahnya kite pakai celak?

disini sy menyenaraikan-

1-jika mata kamo terlebih tido n kuat stadi,maka ade lebam la kan?so,sile pakai celak n kamo akan lihat kesannya yg mane mata kamo akan xnmpk lebam.
2-mata kamo yg sempit itu akan nmpk bulat:)
3-mata kamo akan nmpk lebih bertenaga.
4-memperkuatkan daya penglihatan kamo
5-melebatkan bulu mata
6-semasa hendak tido n kamo pakai celak-maka bila kamo bgn tido,taik2 mata atau habuk2 mata akan keluwa dgn baik:)
7-kekuatan dlmn badan.

sumber pglmn sendiri n sumber-http://ihsan-wangi.com/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=70

--------------------------------------------

orang kata,hanye perempuan jer yg pakai celak.
ya kebanyakannya perempuan pakai celak.

tp kamo jgn pelek kalo lelaki juga pakai celak.
sedangkan Nabi kite (SAW) jua mengamalkan pemakaian celak.

jd-ini adlah sunnah Nabi bukan?

kwan2 lelaki sy.kamo pakai la celak.kalao kamo malu pakai di siang hari kamo pakai la di waktu mlm:)

n kwn2 perempuan sy.jgn memandang pelek hal ini.

Belajar Adab-Adab Sunnah Rasulullah (adab pada malam hari). Disunnahkan membaca basmalah ketika menutup dan mengunci pintu rumah pd malam hari(Tirmidzi). Pada waktu magrib hendaknya anak2 dicegah keluar rumah.pada waktu itu syetan sedang berkeliaran(Bukhari,Muslim). Sebelum tdur jangan lupa memadamkan api(Bukhari,Muslim). Sunnah mempercepat tidur setelah... isya.jika tidak ada kesibukan ibadah lain. Sebelum tidur sebaiknya membacakan kepada ahli keluarga.kisah2 para sahaba r.a,atau kisah2 orang2 shaleh(Tirmidzi). Di anjurkan memakai celak pd malam hari,dioleskan kemata seblah kanan tiga kali,dan mata seblah kiri tiga kali(ibnu najjar). Disunnahkan bersiwak sebelum tidur(Abu dawud).

sumber fb-http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=266144737479&id=112179727479

-------------------------------------------

seperti biasa,kite ade segmen bersama Ustaz:)

Ape hukum memakai celak Ustaz?

Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :

"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"

Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :

"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"

Berkata ulamak "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.

Jadi ulamak telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.

Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.

Rujukan KItab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354

dr ustaz Azhar-http://ustazazhar.com/v1/fiqh/hukum-memakai-celak.html

Boleh kah ustaz menerangkn tentang pemakaian celak oleh Nabi kite (SAW)?

Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

Terdapat hadis-hadis hasan dan sahih yang menunjukkan Nabi SAW pernah memakai celak dan menggalakkan pemakaiannya.

Tiada terdapat larangan memakai celak pada waktu siang, walaupun kebiasaanya dipakai pada waktu malam.

Abu Daud meriwayatkan (hadis yang dinilai hasan oleh Albani): Dari Anas r.a beliau pernah memakai celak ketika beliau berpuasa. (menunjukkan keharusan memakai celak pada waktu siang).

Rujukan:
- Sunan Abi Daud: 2/310
- Zadul Ma’ad: 4/257-259
- Silsilah Sahihah: 2/214 & 6/558

Wallahu a3lam

dr Ustaz-http://soaljawab.wordpress.com/2008/02/18/hukum-memakai-celak/

--------------------------------------

di sini sy pon agak pening n kerna bermcm2 pndpt yg dpt dilihat.kat atas tu sy da tulis pasal cr2 pemakaian celak oleh Nabi kite (SAW).tp bile sy bace lg dr pendapat2 Ustaz yg lain maka:-

yg mane setelah kite dpt simpulakn.

cr2 nabi memakai celak.

ade pendpt mengatakan 3 kali di mata kanan n 2 kali di mata kiri selang seli.rujuk disini-http://ihsan-wangi.com/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=70

ade pendpt mengatakan 3 kali di mata kanan n 3 kali di mata kiri.rujuk di sini-http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=266144737479&id=112179727479

ade pendapt mengatakan dipakai 3 kali(tidak diterangkan lebih lanjut)rujuk disini-http://ustazazhar.com/v1/fiqh/hukum-memakai-celak.html

n ape yg sy dpt simpulkan n sy fahami,
sy xberani n xblh membuat andaian ape2 tp berdasarkan maklumat yg sy baca Nabi kite memakai celak pd waktu mlm.
n Anas r.a pula memakai celak ketika die berpuasa mean that itu adalah siang hari.

jd-xkisah la nk pakai bile2 mase ya n asalkan kite amalkan pemakaian celak ini.
pakai dpt pahala xpakai xdpt ape2:)

n kalau korang taw n korang tanye ustaz tentang cr2 pemakaian celak oleh Nabi kite SAW,jika ade sebarang n maklumat yg korang taw,maka jernihkan la pemikiran sy yg masih pening2 lagi ini.n sy pasti korang pon pening juga kan?yg mane satu nk di ambil pakai.

ok.sehingga bertemu lg:)

P/S-org Asia celak yg seswai adalah warna-hitam,koko n palm

2 comments:

masnurain said...

assalammualaikum..
boley kan klu kite nak share bnde nie..???

chenurulhusna said...

boleh ja:)