TAWARAN BIASISWA 1 MALAYSIA-bidang perubatan sesi 2010/2011 di Timur Tengah

Saturday, 20 March 2010

TAWARAN BIASISWA 1 MALAYSIA


KEPADA PELAJAR LEPASAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI/
SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT (SMAN/SMAR)


BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
BIDANG PERUBATAN DI MESIR
BAGI SESI 2010/2011

terbuka kepada

1) Pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan (tidak termasuk Pergigian, Farmasi dan Veterinar) di mana-mana universiti di Mesir pada sesi 2010/2011.

2) Pelajar tahun 2 atau ke atas yang mengikut pengajian dalam bidang Perubatan (tidak termasuk Pergigian, Farmasi dan Veterinar) pada sesi 2010/2011 di mana-mana universiti di Mesir yang tidak menerima sebarang tajaan. (sesi sekarang adalah 2009/2010)

---------------------------------------------------------------------------

1. Permohonan dipelawa daripada pelajar yang sedang mengikuti pengajian
tahun 2 dan ke atas di peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di
Mesir sesi 2010/2011 untuk mendapatkan Biasiswa 1 Malaysia tajaan 1
Malaysia Development Berhad.


2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah :

PROGRAM INSTITUSI

Ijazah Sarjana Muda
Universiti-universiti yang diiktiraf oleh
JPA di Mesir

3. Syarat-Syarat Permohonan


(a) Syarat-syarat Asas


i) Pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) /
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);


ii) Telah menduduki peperiksaan STAM/STA/SMA atau setaraf;


iii) warganegara Malaysia;


iv) Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 September 2010;


v) Mendapat surat sokongan/pengesahan menyambung pengajian
dalam bidang yang ditawarkan daripada Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT)/Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) di Mesir;


vi) Telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian di
peringkat ijazah sarjana muda perubatan di Mesir mulai sesi
2010/2011 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun
2 dan ke atas di universiti yang sama;


vii) Keutamaan Penajaan akan diberikan kepada pelajar yang
datang dari keluarga miskin yang tidak menerima sebarang
penajaan.


(b) Syarat khusus (Kelayakan Akademik)


i) Pelajar baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2010/2011
mesti lulus dengan cemerlang dalam SPM Aliran Sains dengan
mendapat Gred 2A dalam 7 mata pelajaran termasuk Bahasa
Arab;

Atau
Memiliki Sijil Matrikulasi Sains dengan memperolehi CGPA
3.40.


ii) Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas semester satu Sesi
2010/2011 mesti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
sebelumnya dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA
3.50 atau gred Mumtaz (80 peratus).


4. Bidang Tajaan
Bidang perubatan (tidak termasuk bidang pergigian, perubatan veterinar dan
farmasi).


5. Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon


i) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan
khusus yang ditetapkan.


ii) Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma
Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/ agensi.


iii) Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi /
Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.


iv) Pelajar/pegawai yang sedang mengikuti program/kursus jarak
jauh/separuh masa.


6. Cara Memohon


Permohonan boleh dibuat melalui cara berikut:
i) Pemohonan mesti dibuat menggunakan format borang yang
disediakan;

ii) Pemohon boleh mendapatkan maklumat berhubung tawaran biasiswa
1 Malaysia dan borang permohonan daripada Jabatan Agama Islam
Negeri atau dengan melayari

www.islam.gov.my atau

www.jpmk.info
(Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Mesir);


iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta semua dokumen
sokongan seperti salinan

-Kad Pengenalan,

-salinan sijil-sijil / Slip-Slip
Keputusan Peperiksaan,

-Salinan Surat Tawaran Belajar,

-Salinan Sijil
Berhenti Sekolah,

-Salinan Slip Gaji / Salinan Surat Pengesahan
Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri),

-Visa Pelajar,


-salinan Borang J Cukai Pendapatan

-dan lain-lain yang disahkan
hendaklah dikemukakan terus kepada:


Urusetia
Jawatankuasa Panel Pembiayaan Biasiswa 1 Malaysia
d/a Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Blok D7, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 Putrajaya


iii) Pertanyaan mengenai prgram ini boleh dibuat dengan menghubungi
talian 03-88864055/4327. Talian-talian ini dibuka setiap hari bekerja
dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat).


7. Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2010 (Jumaat).

Permohonan
yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

klik untuk mendapatkan-

- Borang Permohonan Biasiswa 1 Malaysia


3 comments:

~ pEJuAnG CiNtA ~ said...

lepasan spm 2010 skolah sma negeri x boley mohon ke ?????

chenurulhusna said...

boleh :) aslkan sekolah agama

Shou ryn said...

kalau SMKA boleh tak?